Activities

 
MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN “STARTING A BUSINESS” BIL. 3/2009 DI PEJABAT MALAYSIAN ADMINISTRATIVE MODERNISATION AND MANAGEMENT PLANNING UNIT (“MAMPU”), JABATAN PERDANA MENTERI PADA 4 DISEMBER 2009
 

Mesyuarat ketiga Penambahbaikan “Starting a Business” dalam tahun 2009 telah diadakan di pejabat MAMPU pada 4 Disember 2009.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1) memaklumkan tentang pembentangan MAMPU mengenai status semasa penambahbaikan bagi “Starting A Business” di mesyuarat PEMUDAH, Working Group on Efficiency Issues (WGEI) yang lepas;
2) membincangkan mengenai isu-isu berbangkit dari Mesyuarat PEMUDAH WGEI;
3) “Walk Through” aplikasi MyGovXchange; dan
4) membincangkan mengenai lain-lain cadangan penambahbaikan.

Untuk mesyuarat Bil.1/2009 dan Bil. 2/2009 berkenaan topic-topik tersebut di atas, hanya Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (Malaysian Association of Company Secretaries, MACS) dijemput hadir.

Dalam mesyuarat ketiga kali ini, Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Awam (MIA) turut dijemput hadir.

Wakil dari Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia adalah Presiden, Encik Lau Haw Chong, Ahli Majlis Tertinggi, Encik Phang Kee Kin, Pentadbir, Encik Alex Lee dan Penolong Setiausaha Eksekutif, Puan Humairah binti Mohamad.

Turut hadir dalam mesyuarat yang sama adalah wakil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Adalah diharapkan interaksi sebegini di antara badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan akan dapat mencapai tujuan mesyuarat seperti yang tersebut di atas.

 
 
Meeting at MAMPU on 4 December 2009
 
Click to enlarge Click to enlarge Click to enlarge  
   
   
The Secretariat
No. 23-A, 1st Floor, Jalan SS 24/11,
Taman Megah, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
   
Phone : + 603-7806 3755
  : + 603-7806 1023
Fax : + 603-7806 3625
Email : macs@macs.org.my