Pengemukaan Borang CP204 bagi Syarikat Kecil dan Sederhana (SME)
Borang anggaran CP204 dan e-CP204 telah dipinda bagi membolehkan syarikat memaklumkan status SME (syarikat bermastaustin di Malaysia yang memiliki modal saham berbayar bagi saham biasa yang berjumlah tidak melebihi 2.5 juta pada permulaan tempoh asas).
Pindaan ini berkuatkuasa mulai 3 Mac 2011. Bersama-sama ini disertakan surat makluman berkenaan untuk rujukan dan makluman bersama.